KEK PELANGI LEMBUT
Bahan-bahannya:
200 gm tepung self raising
200 gm tepung kek
350 gm mentega
350 gm gula kaster
50 gm margerin
8 biji telur
1 sudu makan ovelette
1 sudu teh garam
perisa vanila
pewarna hijau, kuning, merah jambu
Caranya:
1. Putar mentega, margerin, gula, dan ovelette hingga gebu.
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang
3. Masukkan tepung perlahan-lahan sambil dipukul dengan kelajuan perlahan
4. Masukkan vanila dan garam dan pukul rata
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: hijau, kuning, merah jambu.
6. Sediakan loyng 10 x 10 x 5, lenserkan dengan margerin dan tepung
7. Ambil 1 senduk adunan hijau letakkan ditengah-tengah kemudian letakkan lagi adunan merah jambu diatas warna hijau, kemudian warna kuning. Buatlah hingga adunan habis.
8. Bakar dengan api 160 darjah celsius (tertakluk pada kepanasan oven) selama 45min
Tiada ulasan:
Catat Ulasan