Isnin, 14 Oktober 2013

Pasti yang hairan dengan masakan moden ne...ahhh,,,inilah masakan yang digabungkan antara tradisional dan moden

IKAN DAN SOS MUSHROOM

SEDAP MAKAN UNTUK MAKAN MALAM...BERKHASIAT

Bahan-Bahannya:

500gm ubi manis (bersihkan kulitnya kemudian direbus)
200gm ubi kentang - dipotong bentuk chip
200gm brokoli
200gm bunga kubis
1 batang lobak merah
2 keping ikan tenggiri/merah (buang tulang dan disiat nipis - fillet)
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos kicap pekat
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk rempah ikan:

2 biji telor
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 biji lemon - ambil airnya
1 sudu teh serbuk lada putih
serbuk perasa
sedikit garam

Bahan untuk sos:

1 sudu makan tepung jagung
1 tin susu cair/fresh milk
1 sudu teh serbuk lada putih
1 tin kulat butang - diotong kecil
1 tangkai daun bawang
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh sos tiram
sedikit garam
bahan perisa
gula secukupnya

Caranya:

1. Campurkan ikan dengan 1 biji telor, garam, bahan perisa, serbuk lada putih, jus lemon, dan tepung jagung. Perap selama 30 min.
2. Sebelum menggoreng, celupkan ikan kedalam telur yang telur (1 biji), kemudian lumurkan ikan kedalam tepung beras. Goreng dengan 'deep frying' dengan api yang perlahan.
3. Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan susu yang telah dicamur dengan tepung jagung, kemudian masukkan kulat.
5. Kacau sos hingga pekat dan masukkan  bahan perisa, garam, gula dan sos tiram.
6. Apabila sos pekat masukkan daun bawang.
7. Untuk bahan sampingan: ubi manis direbus (jangan buang kulitnya) kemudian potong 4-6. Dalam kuali tumiskan bahan sos lada hitam, sos kcap pekat, dan sos tiram higga bahan sebati kemudian masukkan ubi manis.
8. Untuk membuat ubi kentang chip: potong ubi kentang mengikut suka kemudian rendam dalam air yang disimpang dengan garam. Biarkan selama 15 minit sebelum menggoreng.
9. Untuk sayuran: potong sayuran mengikut suka. Rebuskan air, masukkan garam dan minyak, kemudian celur sayur (jangan merebus terlalu lama)

















Kek ini amat digemari oleh keluarga saya. Dulu sebelum ada oven mama pakai 'belanga serbaguna' untuk membakar atas api.

KEK PELANGI LEMBUT



Bahan-bahannya:

200 gm tepung self raising
200 gm tepung kek
350 gm mentega
350 gm gula kaster
50 gm margerin
8 biji telur
1 sudu makan ovelette
1 sudu teh garam
perisa vanila
pewarna hijau, kuning, merah jambu


Caranya:

1.  Putar mentega, margerin, gula, dan ovelette hingga gebu.
2.  Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang
3.  Masukkan tepung perlahan-lahan sambil dipukul dengan kelajuan perlahan
4.  Masukkan vanila dan garam dan pukul rata
5.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: hijau, kuning, merah jambu.
6.  Sediakan loyng 10 x 10 x 5, lenserkan dengan margerin dan tepung
7.  Ambil 1 senduk adunan hijau letakkan ditengah-tengah kemudian letakkan lagi adunan merah jambu diatas warna hijau, kemudian warna kuning. Buatlah hingga adunan habis.
8.  Bakar dengan api 160 darjah celsius (tertakluk pada kepanasan oven) selama 45min

















Dulu mama suka masak petai...jadi saya variasikan resepi ini dengan bahan yang disukainya...berubut dan perut kerbau

BERUBUT DAN PERUT MASAK PETAI



Bahan-bahannya:

1 kg berubut
1 kg perut kerbau
1/2 kg petai
1/4 kg lengkuas - dihiris
300gm cili hijau thailand - dihiris
10 ulas cili merah - dihiris
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu makan serbuk kunyit
garam secukupnya
sedikit bahan perisa
gula secukupnya

Bahan giling:
20 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
200gm halia
4 in kunyit hidup

Caranya:

1.  Bersihkan berubut dan perut kerbau kemudian rebus hingga empuk/lembik.
2.  Tumis bahan giling hingga naik bau, kemudian masukkan lengkuas dan serbuk kunyit.
3.  Biarkan bahan tumisan layu kemudian masukkan petai, berubut, dan perut kerbau. Tutup kuali biarkan hingga sebati.
4.  Akhir sekali masukkan cili potong dan bahan perisa, garam dan gula.























Selasa, 1 Oktober 2013

PUDING

PUDING TRIPLE COKTAIL


Untuk Base:

1 bungkus roti marie - perisa coklat
1 cawan air coktail

Untuk Piling:

1 gelas whipping cream
2 kotak NESTLE cream
1/2 cawan susu manis
75gm cheese philadelphia
1 tin buah koktail

Caranya:

1.  Susun roti marie dan tuangkan air buah oktail
2.  Putar whipping cream hingga kental, kemudian masukkan NESTLE cream, susu manis, cheese dan putar lagi hingga rata.
3.  Taburkan buah koktail diatas
4.  Masukkan kedalam peti ais sebelum dihidangkan











Late Post.... PASTRY


PORTUGESE EGG TARTS


julieharis@gmail.com

Bahan untuk Pastry:

30 keping puff pastri

Untuk filing:

200gm susu UHT
50gm NESTLE cream
60gm gula caster
2 biji telor
1 sudu makan tepung jagung
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanila

Caranya:

1.  Terapkan puff pastri kedalam acuanpie pastry dan cucuk dengan garfu.
2.  Gaulkan semua bahan filing pastri dan tapiskan
3.  Tuangkan ke dalam pastri, dan bakar dengan api atas/bawah menggunakan api 180darjah celsius hingga atasnya masak.
















2 OKTOBER 2013

DONUT LABU


Bahan-bahannya:

300gm teung gandum
1 paket DRY yeast
2 sudu gula pasir
1 biji telor
1  1/2 cawan labu (yang telah direbus dan dilecek)
1 sudu makan margerin
gula aising/caster secukunya (untuk menabr)

Caranya:

1. Gaul yeast bersama gula, kemudian masukkan labu yang telah di rebus dan  dilecek.
2. Kemudian masukkan tepung perlahan-lahan
3. Masukkan telur dan uli lagi hingga sebati..jika lembik jangan ditambah tepung
4. Akhir sekali masukkan margerin dan uli hingga menjadi doh dan simpan dalam bekas kemudian tutupkan dengan kain basah
5. Perap doh selama lebih kurang 10-15 min, kemudian canai adunan dengan acuan donat.
6. Biarkan donut selama 10 min.
7. Goreng donut dengan api perlahan, dan toskan, biarkan sejuk baru ditabur dengan gula aising/caster




















1 OKTOBER 2013

TALAM SERI MUKA


Bahan Bawah:

2 gelas beras pulut (rendam 10 minit kemudian basuh dan toskan)
2 gelas santan cair
1 sudu teh santan cair (boleh guna santan serbuk paket - 1 paket dan dicampur air)

Caranya: Masak air santan dan garam hingga mendidih kemudian masukkan belas pulut. Perlahankan api dan tutupkan periuk. Biarkan pulut hingga masak. Kemudian dalam loyang 10"x10", griskan dengan sedikit minyak. Masukkan beras pulut yang sudah masak dan tekan rata dalam loyang lebih kurang 1" tebal. Kemudian sejukkan.

Bahan Atasnya:

2 gelas tepung beras
5 gelas santan pekat (boleh guna santan paket 800ml dan dicampur dengan 200ml air)
1 gelas tepung gandum
1 gelas gula
5 biji telor
2 1/2 gelas air pandan
2 sudu makan perisa pandan
sedikit pewarna hijau dan kuning

Caranya:

1.  Gaul tepung beras dan air santan, kemudian panaskan dalam periuk. Masak hingga pekat.
2.  Kemudian, masukkan gula, air pandan dan tepung (berselang-seli),.
3.  Akhir sekali masukkan telor dan pukul menggunakan spaktula. Masukkan perisa pandan dan pewarna.
4.  Tapis adunan dan tuangkan diatas adunan pulut tadi, kemudian kukus selama 1 jam dengan api sederhana